Monday, January 31, 2011

Tahun Baru Cina

PKPIYPJ mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada para pelanggan yang berbangsa Cina 2011.

Thursday, January 27, 2011

Tahun 2010 telah berlalu...

Penulis mengucapkan Selamat Tahun 2011 kepada pengunjung blog PKPI. Di harap PKPI akan dibangunkan secara total pada tahun ini selepas mendapat kelulusan pembangunan oleh pihak pengurusan tertinggi.

Tahun 2011 telah muncul hampir sebulan... tahun 2010 telah berlalu pergi membawa seribu kenangan kepada...Yang pasti Pak awi telah menjadi lagenda kepada bekas pelatih PKPI/ Pusat Membina Semangat. Pergi tidak akan kembali dan tiada pengganti.. Walau pepatah ada mengatakan 'patah tumbuh hilang berganti' yang mengganti tidak sama dengan yang patah.. Ada pelanggan lama PKPI dari Singapura tidak mengetahui Pak Awi atau lebih dikenali 'the old man Awi' di kalangan Singaporean. Selepas penulis memberi link berita Pak Awi meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya..pelanggan tersebut terus menelefon penulis dan selepas tanya khabar beliau terus terdiam. Selepas bertenang..beliau telah mengatakan "one and the only. .."

Monday, October 25, 2010

Maaf

Salam sejahtera kepada pengunjung blog PKPI,

Saya mohon maaf kerana ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, maka blog ini tidak dikemas kini. Saya akan mencuba mengemas kini laman ini sekerap yang mungkin.

Admin

Saturday, October 10, 2009

Rumah Terbuka PKPIYPJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua pelanggan, Staf KPYPJ, PKPIYPJ dan PLKN Sekakap adalah dijemput hadir ke Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada 15 Oktober 2009 (Khamis) bertempat di Dewan Makan Seaside pada jam 1530H

Drp:

J/K Jemputan

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Semua warga kerja PKPIYPJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog unoffical PKPIYPJ, pelanggan- pelanggan dan semua rakyat Malaysia. Berhati- hati di jalanraya. Jumpa lagi selepas Hari Raya.

Wednesday, April 22, 2009

PKPIYPJ Back On Business

PKPIYPJ telah mengecilkan operasi perniagaannya secara tidak langsung sebagai pusat latihan pada tahun 2004 kerana memberi peluang kepada ibu pejabatnya KPYPJ menjalankan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dengan siapnya fasa terakhir kemudahan PLKN pada Jun ini, PKPIYPJ akan menjalani proses baikpulih dan seterusnya 'berpisah' secara total dari bayangan PLKN. Fasiliti PKPIYPJ yang digunakan oleh PLKN akan diserah semula. 

Kepada para pelanggan kami diluar sana kami telah memulakan operasi kembali mulai sekarang. Sebarang tempahan boleh dimajukan kepada kami di Sekakap seperti alamat di ruang kanan sebelah atas blog ini.