Saturday, October 10, 2009

Rumah Terbuka PKPIYPJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua pelanggan, Staf KPYPJ, PKPIYPJ dan PLKN Sekakap adalah dijemput hadir ke Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada 15 Oktober 2009 (Khamis) bertempat di Dewan Makan Seaside pada jam 1530H

Drp:

J/K Jemputan

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Semua warga kerja PKPIYPJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog unoffical PKPIYPJ, pelanggan- pelanggan dan semua rakyat Malaysia. Berhati- hati di jalanraya. Jumpa lagi selepas Hari Raya.

Wednesday, April 22, 2009

PKPIYPJ Back On Business

PKPIYPJ telah mengecilkan operasi perniagaannya secara tidak langsung sebagai pusat latihan pada tahun 2004 kerana memberi peluang kepada ibu pejabatnya KPYPJ menjalankan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dengan siapnya fasa terakhir kemudahan PLKN pada Jun ini, PKPIYPJ akan menjalani proses baikpulih dan seterusnya 'berpisah' secara total dari bayangan PLKN. Fasiliti PKPIYPJ yang digunakan oleh PLKN akan diserah semula. 

Kepada para pelanggan kami diluar sana kami telah memulakan operasi kembali mulai sekarang. Sebarang tempahan boleh dimajukan kepada kami di Sekakap seperti alamat di ruang kanan sebelah atas blog ini.

Wednesday, February 11, 2009

Aktiviti- Abseiling


Aktiviti- Membaca Peta & Kompas


Lain-lain Aktiviti

· Perkhemahan
· Ekspedisi Merentas Hutan
· Ekspedisi Berkayak Persisiran Pantai
· Ekspedisi Berkayak- Sungai
· Hari Keluarga
· Flying Fox
· Yakin Diri (Low Rope)
· Abseiling
· Reppelling
. Ikhtiar Hidup Di Hutan
. Jungle Trekking

Program Latihan Yang Dijalankan

· Program Bina Semangat
· Program Ikhtiar Hidup & Perkhemahan
· Leadership Skill
· Team Building & Motivation Programme
· Group Dynamic Development And Self Motivation
· Kursus Induksi Kakitangan Kerajaan

PROGRAM LATIHAN

i. Program Latihan Dalaman (In-house Training Programme)
ii. Program Latihan Berpenginapan ( Residential Training Programme)

Objektif Penubuhan

1. Melahirkan insan yang unggul hasil dari pemantapan mental dan fizikal.
2. Melahirkan pemimpin yang dinamis, progresif, berinovasi, jujur, cekap, amanah, berdisiplin, bertanggung jawab dan berkeupayaan untuk berdikari terhadap bidang tugas yang dipertanggung jawabkan dengan menanamkan semangat disiplin yang tinggi, berdedikasi terhadap tanggung jawab dan berkeupayaan untuk berdikari.
3. Melahirkan insan yang mempunyai tahap ketabahan, kebolehan dan kecekalan yang tinggi, berkebolehan , kreatif bagi menghadapi sebarang cabaran dari segi mental dan fizikal ke arah penyelesaian masalah.
4. Melahirkan insan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi dan bekerjasama dalam kumpulan.

Monday, January 19, 2009

Sejarah Dan Latar Belakang

1.0 SEJARAH DAN LATARBELAKANG

Pusat ini pada asalnya dikenali sebagai Pusat Membina Semangat, Sekakap, Mersing. Ianya dirasmikan oleh YAB Tun Hj. Abdul Razak b. Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 16 hb Mei 1975.

1.1 Tujuan Asal Penubuhan

Tujuan asal penubuhannya adalah sebagai Pusat Membina Semangat kepada kakitangan kerajaan seperti pegawai-pegawai, pentadbir-pentadbir, para belia-belia dan lain-lain.

1.2 Latarbelakang

Pusat Membina Semangat kini ditadbir oleh Kumpulan Pendidikan Yaysan Pelajaran Johor (KPYPJ), iaitu anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Johor 100 % dengan dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan YPJ (PKPI). Ianya dipengerusikan oleh YAB Dato’ Hj Abd Ghani Bin Othman; Menteri Besar Johor.

Diperingkat operasi ianya dikawal oleh Pengrah Pembangunan Bisnes KPYPJ Management & Services yang berpengkalan di Johor Bahru dan ditadbir oleh seorang Timbalan Pengarah, Ketua Jurulatih, Jurulatih dan staf sokongan seramai 16 orang.



1.3 Kemudahan-kemudahan Yang Sediada

Kem ini pada asalnya mempunyai kemudahan-kemudahan latihan seperti pejabat pentadbiran, dewan sajian, surau, pelbagai kawasan latihan lasak, kawasan hutan perkemahan, padang kawad, padang bola , tempat penginpan dan lain-lain.

Pusat latihan ini pada asalnya mampu menampung kapasiti penginapan 160 orang dan latihan berkhemah seramai 200 orang pada satu-satu masa.

1.4 Kepakaran & Pengalaman

Mempunyai seramai 16 orang staf. Ianya ditadbir oleh Timbalan Pengarah, Jurulatih-jurulatih dan staf sokongan. Pada amnya keseluruhan jurulatih iatu seramai 8 orang adalah bekas anggota tentera dari pelbagai bidang.

Dari segi pengalaman kem ini telah berjaya menjalankan pelbagai kursus seperti Bina Semangat, Jatidiri, Kepimpinan, Perhimpunan Pandu Puteri Asia Pasifik ( 850 peserta ), Kursus Perkhemahan Pengakap- Guru Pemimpin, Motivasi, Penganjuran GP Joran Berita Harian dan lain-lain.


2.0 SUSUNATUR LOKASI

2.1 Lokasi
Kem ini terletak 9 km dari Bandar Mersing dan hanya 4 km dari Kem Gerup Gerak Khas.

2.2 Keluasan
Keluasan kawasan tapak latihan adalah 124 ekar. Dari jumlah tersebut kawasan yang telah digunakan dan dibangunkan adalah seluas 60 ekar.

2.3 Kemudahan & Perhubungan Awam
Kemudahan awam sedia ada seperti jalanraya dan telefon awam. Kemudahan-kemudahan sokongan lain seperti Masjid Jamek, Gereja, Kuil, Hospital, JPAM, Bomba, Balai Polis; boleh didapati di Bandar Mersing sejauh 9 KM

2.4 Kawasan Sekitar
Kem ini menghadap ke Laut Cina Selatan di mana terletaknya deretan pulau- pulau peranginan. Ia turut dikelilingi oleh hutan simpanan kekal Jemaluang, disempadani oleh Sungai Jemaluang. Kawasan pantai dan laut yang luas memudahkan perlaksanaan aktiviti kraf hutan, kembara, menyeberangi sungai, berkayak dan berakit dengan mudah.


3.0 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UNTUK PLKN

Kemudahan-kemudahan yang dibina untuk PLKN terdapat di Pusat Membina Semangat adalah seperti berikut :

i) Kompleks Bangunan Pejabat PLKN lengkap dengan Bilik Mesyuarat, 2 Bilik Logistik dan Tandas.
ii) 1 Surau
iii) 1 Surau Pelawat
iv) 16 Unit Bilik Jurulatih
v) Bangunan menempatkan dapur, dewan sajian, dan kantin
vi) 8 Unit Bilik Kuliah
vii) 1 Unit Rumah Komandan
viii) 1 Unit Bilik Rawatan
ix) Padang Kawad
x) Padang Bola, Gelanggang Bola Tampar, Sepak Takraw, & Bola Jaring.
xi) 2 Zon Kemudahan Penginapan PLKN (450 orang)
xii) Asrama untuk Staf Sokongan PLKN
xiii) 1 Sirkit Kembara Berhalangan
xiv) 1 Sirkit Tali Tinggi
xv) 1 Sirkit Elemen Rendah & Inisiatif

PENUTUP

Selain dari peralatan latihan dan kemudahan infrastruktur baru untuk PLKN, pihak Kumpulan Pendidikan YPJ juga turut memberi komitmen yang tinggi dengan memberi sokongan padu kepada pihak pengurusan dan warga kerja Program Latihan Khidmat Negara.

selamat Datang Ke Blog Tidak Rasmi PKPIYPJ

Saya mengucapkan Selamat Datang kepada pengunjung Blog Tidak Rasmi Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan YPJ (PKPIYPJ) atau nama popularnya satu ketika dulu Pusat Membina Semangat yang dimiliki oleh Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ)