Monday, January 19, 2009

Sejarah Dan Latar Belakang

1.0 SEJARAH DAN LATARBELAKANG

Pusat ini pada asalnya dikenali sebagai Pusat Membina Semangat, Sekakap, Mersing. Ianya dirasmikan oleh YAB Tun Hj. Abdul Razak b. Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 16 hb Mei 1975.

1.1 Tujuan Asal Penubuhan

Tujuan asal penubuhannya adalah sebagai Pusat Membina Semangat kepada kakitangan kerajaan seperti pegawai-pegawai, pentadbir-pentadbir, para belia-belia dan lain-lain.

1.2 Latarbelakang

Pusat Membina Semangat kini ditadbir oleh Kumpulan Pendidikan Yaysan Pelajaran Johor (KPYPJ), iaitu anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Johor 100 % dengan dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan YPJ (PKPI). Ianya dipengerusikan oleh YAB Dato’ Hj Abd Ghani Bin Othman; Menteri Besar Johor.

Diperingkat operasi ianya dikawal oleh Pengrah Pembangunan Bisnes KPYPJ Management & Services yang berpengkalan di Johor Bahru dan ditadbir oleh seorang Timbalan Pengarah, Ketua Jurulatih, Jurulatih dan staf sokongan seramai 16 orang.



1.3 Kemudahan-kemudahan Yang Sediada

Kem ini pada asalnya mempunyai kemudahan-kemudahan latihan seperti pejabat pentadbiran, dewan sajian, surau, pelbagai kawasan latihan lasak, kawasan hutan perkemahan, padang kawad, padang bola , tempat penginpan dan lain-lain.

Pusat latihan ini pada asalnya mampu menampung kapasiti penginapan 160 orang dan latihan berkhemah seramai 200 orang pada satu-satu masa.

1.4 Kepakaran & Pengalaman

Mempunyai seramai 16 orang staf. Ianya ditadbir oleh Timbalan Pengarah, Jurulatih-jurulatih dan staf sokongan. Pada amnya keseluruhan jurulatih iatu seramai 8 orang adalah bekas anggota tentera dari pelbagai bidang.

Dari segi pengalaman kem ini telah berjaya menjalankan pelbagai kursus seperti Bina Semangat, Jatidiri, Kepimpinan, Perhimpunan Pandu Puteri Asia Pasifik ( 850 peserta ), Kursus Perkhemahan Pengakap- Guru Pemimpin, Motivasi, Penganjuran GP Joran Berita Harian dan lain-lain.


2.0 SUSUNATUR LOKASI

2.1 Lokasi
Kem ini terletak 9 km dari Bandar Mersing dan hanya 4 km dari Kem Gerup Gerak Khas.

2.2 Keluasan
Keluasan kawasan tapak latihan adalah 124 ekar. Dari jumlah tersebut kawasan yang telah digunakan dan dibangunkan adalah seluas 60 ekar.

2.3 Kemudahan & Perhubungan Awam
Kemudahan awam sedia ada seperti jalanraya dan telefon awam. Kemudahan-kemudahan sokongan lain seperti Masjid Jamek, Gereja, Kuil, Hospital, JPAM, Bomba, Balai Polis; boleh didapati di Bandar Mersing sejauh 9 KM

2.4 Kawasan Sekitar
Kem ini menghadap ke Laut Cina Selatan di mana terletaknya deretan pulau- pulau peranginan. Ia turut dikelilingi oleh hutan simpanan kekal Jemaluang, disempadani oleh Sungai Jemaluang. Kawasan pantai dan laut yang luas memudahkan perlaksanaan aktiviti kraf hutan, kembara, menyeberangi sungai, berkayak dan berakit dengan mudah.


3.0 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UNTUK PLKN

Kemudahan-kemudahan yang dibina untuk PLKN terdapat di Pusat Membina Semangat adalah seperti berikut :

i) Kompleks Bangunan Pejabat PLKN lengkap dengan Bilik Mesyuarat, 2 Bilik Logistik dan Tandas.
ii) 1 Surau
iii) 1 Surau Pelawat
iv) 16 Unit Bilik Jurulatih
v) Bangunan menempatkan dapur, dewan sajian, dan kantin
vi) 8 Unit Bilik Kuliah
vii) 1 Unit Rumah Komandan
viii) 1 Unit Bilik Rawatan
ix) Padang Kawad
x) Padang Bola, Gelanggang Bola Tampar, Sepak Takraw, & Bola Jaring.
xi) 2 Zon Kemudahan Penginapan PLKN (450 orang)
xii) Asrama untuk Staf Sokongan PLKN
xiii) 1 Sirkit Kembara Berhalangan
xiv) 1 Sirkit Tali Tinggi
xv) 1 Sirkit Elemen Rendah & Inisiatif

PENUTUP

Selain dari peralatan latihan dan kemudahan infrastruktur baru untuk PLKN, pihak Kumpulan Pendidikan YPJ juga turut memberi komitmen yang tinggi dengan memberi sokongan padu kepada pihak pengurusan dan warga kerja Program Latihan Khidmat Negara.

No comments:

Post a Comment